Orang bisnes sangat menjaga hubungan bisnes. Mereka berbaik-baik dengan semua orang. Mereka berniaga dengan semua orang.

Selaras dengan prinsip berniaga dengan semua orang, orang bisnes membezakan antara 2 tingkah laku ini:

+ Tingkah laku ‘hipokrit’

Tingkah laku ini disebut dalam bahasa biasa sebagai ‘bermuka-muka’ atau ‘munafik’.

Tingkah laku ini melibatkan perbuatan ‘berdusta’. Di depan orang itu kita cakap lain, di belakang orang itu cakap lain.

.

+ Tingkah laku ‘diplomatik’

Inilah tingkah laku yang diamalkan oleh orang-orang bisnes profesional.

Tingkah laku ini adalah berdasarkan prinsip menjaga hubungan baik dengan semua orang. Kita berkawan dengan semua orang. Kita tidak bergaduh dengan mana-mana pihak.

Dalam tingkah laku ini, tidak ada unsur perbuatan berdusta. Kita bercakap apa yang betul sahaja. Apabila tidak setuju, kita diam.

Tidak ada perbuatan di mana di depan orang itu kita cakap lain, di belakang orang itu kita cakap lain.